Thursday, April 22, 2010

PERKHEMAHAN TAHUN 6 SK RKTP KG AWAH


Perkhemahan Bersepadu Pelajar Tahun6 SK RKTP Kg Awah Program ini dianjurkan oleh Unit Beruniform SK RKTP Kampong Awah. Ia membolehkan para pelajar meningkatkan daya ketahanan fizikal dengan lebih proaktif dan kreatif melalui aktivit-aktiviti yang mencabar yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Pelajar akan memperolehi kemahiran yang membolehkan mereka (individu atau kumpulan )menyelesaikan masalah dan cabaran dalam kehidupan dengan lebih berkesan dan penuh keyakinan. Selain daripada, ia juga dapat meningkatkan lagi disiplin pelajar-pelajar. Program seperti ini sangat penting kerana ia dapat membentuk peribadi dan sahsiah para pelajar.

Diantara Objektif Perkhemahan ini ialah:
1) Melahirkan generasi muda/pelajar yang mempunyai keyakinan diri,harga diri serta cirri-ciri kepimpinana yang baik dan berkesan.
2) Memupuk semanagat kerjasama dan berpasukan.
3) Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bersemangat kental.
4) Mewujudkan golongan pelajar yang prihatin terhadap keluarga, bangsa dan Negara.
5) Mengenal dan menghayati alam semulajadi

No comments:

Post a Comment