Tuesday, September 21, 2010

MINGGU UPSR

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR KEPADA SEMUA PELAJAR DARJAH 6...

Thursday, April 22, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2009


Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2009 SKKA telah diadakan pada 18 November 2009 yang lalu di Dewan SKKA. Pada jam 9.00 pagi pendaftran Kehadiran oleh guru kelas atau wakil guru kelas. Selepas pendaftaran ibu bapa, jamuan pelajar,ibu bapa dan guru dijalankan. Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dimulakan tepat jam 10.30 pagi. Ustaz Norjamili telah membacakan doa. Seterusnya YDP PIBG iaitu En. Zulyazan b. Mat Saman diikuti dengan ucapan Guru Besar SKKA.
Kemudian penyampaian anugerah dijalankan seperti berikut ;
  • Anugerah Penyampaian Cemerlang 5A tahun 1 hingga 5
  • Anugerah Penyampaian Cemerlang 4A 1B  tahun 1 hingga 5
  • Anugerah Penyampaian Cemerlang 3A 2B tahun 1 hingga 5
  • Anugerah Penyampaian Cemerlang kelas Bestari ( Thn 1,2,3 & 5 )
  • Penerima anugerah Pencapain Cemerlang Sepanjang 2009
  • Terbaik Mata Pelajaran
  • Penyampaian Sijil dan Hadiah Khas Pra Sekolah
  • Penerima Anugerah Kecemerlangan Kelas Pendidikan Khas
  • Pemenang Pertandingan Mengarang Sempena Bulan Bahasa 2009
  • Tokoh murid
 Majlis tamat jam 12 tengah hari.

PERKHEMAHAN TAHUN 6 SK RKTP KG AWAH


Perkhemahan Bersepadu Pelajar Tahun6 SK RKTP Kg Awah Program ini dianjurkan oleh Unit Beruniform SK RKTP Kampong Awah. Ia membolehkan para pelajar meningkatkan daya ketahanan fizikal dengan lebih proaktif dan kreatif melalui aktivit-aktiviti yang mencabar yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Pelajar akan memperolehi kemahiran yang membolehkan mereka (individu atau kumpulan )menyelesaikan masalah dan cabaran dalam kehidupan dengan lebih berkesan dan penuh keyakinan. Selain daripada, ia juga dapat meningkatkan lagi disiplin pelajar-pelajar. Program seperti ini sangat penting kerana ia dapat membentuk peribadi dan sahsiah para pelajar.

Diantara Objektif Perkhemahan ini ialah:
1) Melahirkan generasi muda/pelajar yang mempunyai keyakinan diri,harga diri serta cirri-ciri kepimpinana yang baik dan berkesan.
2) Memupuk semanagat kerjasama dan berpasukan.
3) Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bersemangat kental.
4) Mewujudkan golongan pelajar yang prihatin terhadap keluarga, bangsa dan Negara.
5) Mengenal dan menghayati alam semulajadi

MESYUARAT AGUNG PIBG SKKA KALI KE 34


Mesyuarat Agung PIBG SKKA telah diadakan pada 9 April 2010 yang lalu.  Mesyuarat agung PIBG telah diadakan di Dewan SKKA. Kehadiran ahli dan pendaftaran bermula pada jam 2.30patang.Seramai 120 penjaga telah hadir ke mesyuarat ini.
Pada jam 2.45petang  mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Norjamili. Kemudian ceramah motivasi telah disampaikan oleh jemputan khas iaitu  Dato' DR Hj Hamzah Bin Sahang seterusnya beliau merasmikan mesyuarat Agung PIBG kali ke-34. 

Diantara agenda mesyuarat ialah:

-Melantik pengerusi mesyuarat
-Melantik 2 orang pencatat minit
-Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung kali ke 33.
-Membentang dan menerima laporan tahunan PIBG 08/09
-Membentang dan menerima penyata kewangan PIBG 08/09
-Pembubaran AJK PIBG 08/09
-Pelantikan AJK PIBG 2010/2011               
         -YDP
  -NYDP
  - Setiausaha
  - Bendahari
  - AJK (5 orang penjaga dan 5 orang guru)
-Melantik 2 orang pemeriksa kira-kira
- Seterusnya ucapan pengguhan.Majlis bersurai jam 6.00 petang.